Sunday, 15 July 2012


Oh!hati…..
oh hatiku bagaimana aku ingin menyatakan dan memujuk dirimu  supaya bersabarlah sementara menunggu sekeping lagi hati yang entah kemana perginya…bersabarlah dan berdoalah supaya engkau menemui sekeping lagi hatimu yang telah ditakdirkan buatmu sejak azali lagi…
aku sedar…dirimu meronta-ronta untuk melepaskan kesunyianmu yang sering membelenggu…juga tersiksa dibelenggu rindu..namun percaya lah bahawa kesabaran mu InsyaAllah tidak akan merugikanmu malah akan membahagiakan mu….
Oh hati….tenangkan lah dirimu dan percayalah bahawa sekeping hati mu itu juga merinduimu…dirinya sering berdoa supaya dirinya juga menemui sekeping hati miliknya iaitu dirimu…Usahlah kau bersedih wahai hati…Allah bersamamu…..





Pencarian cinta ku masih berterusan….perjalanan pencarianku ini disulami dengan liku-liku dan ranjau yang melukakan…aku sedar bahawa pencarian cinta yang mencari pasangan yang telah ditetapkan oleh sang Pencipta memerlukan pengorbanan yang menyakitkan…
Biarpun begitu,itu tidak membuatkan aku lupa akan tanggungjawabku sebagai hamba Allah untuk aku menyatakan rasa cinta ku kepada yang Maha Pencipta..inilah cinta yang sebenarnya cinta…tidak akan ku menghancurkan diriku kerana cinta yang sementara ini…rinduku tidak akan memusnahkan diri..walaupun banyak kesilapan serta dosa yang pernah aku lakukan kerana kelalaian cinta dunia, namun kenangan-kenangan lalu serta pertemuan yang pernah tersurat itu mengajar aku tentang erti cinta yang diredhai bukan cinta nafsu dan menguatkan lagi supaya aku meneruskan didalam perncarian cinta ku yang diredhai….
Pertemuan kita dahulu telah ditakdirkan…antara kita tak pernah merancang kerana semuanya ketentuan tuhan….percayalah…engkau atau aku sebenarnya keliru di dalam perjalanan ini..namun ketahuilah kekeliruan itu pasti akan diakhiri jika pencarian itu terhenti di destinasi yang engkau tujui…

……………………………………..
Adakalanya aku dipersalahkan..dan adakalanya aku disalahkan…adakalanya aku diletakkan sesuatu kesalahan yang tak n tak pernah aku buat dan adakalanya aku akan disalahkan sekiranya kesalahan itu pernah aku lakukan…sebenarnya untuk melalui hal-hal sebegini amat la memeritkan dan memerlukan kesabaran yang amat tinggi..kerana tanpa kesabaran atau kehilangan kesabaran yang dah lama terperap menjadi pekasam di dalam hati maka amarah pun akan timbul dan mungkin akan menjadi dendam bagi mereka yang terlalu pendiam dan tak tegas dalam kehidupan nya..itu la yang dimahukan syaitan laknatullah….dendam dan amarah….
Sebab itu kita diajar dalam islam supaya pupuk kesabaran di dalam hati…mohon ketenangan dari Allah…jadikan Al Quran nur karim sebagai pedoman dan pegangan hidup di dalam kehidupan seharian…Hal sebeginilah aku ikuti dan menjadi pegangan hidupku supaya aku tak tergolong daripada golongan mereka yang suka marah-marah dan berdendam…sifat pemarah dan suka memarahi membuatkan kita tidak pernah dan tak akan tenang..dan bila hati tak pernah tenang itu lah akan membuatkan kita marah secara berterusan,walaupun melepaskan amarah yang terbuku dihati memberikan kita satu kepuasan,namun sampai bila..?
begitu juga dengan dendam…dendam tidak akan menyelesaikan suatu masalah…malah sifat dendam yang telah disemarakkan, ditanam dan disuburkan didalam hati juga akan membuatkan kita akan melakukan sesuatu yang akan menyakiti dan melukakan perasaan orang yang kita dendam dan betambah teruk juga jika dendam itu akan melukakan fizikal seseorang yang kita dendam….sampai bila…?adakah sampai sedutan nafas yang terakhir..
Di sini aku banyak melaluinya, aku tidak lah mengatakan aku ni terlalu baik..sempurna  dari segi kelakuan dan perbuatan…cukup lah aku mengatakan bahawa aku juga sedang memperbaiki tingkah laku aku dan mengawal hati dan jiwa…dahulu aku memang seorang yang pemarah, sentiasa tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh orang lain malah aku juga pernah berdendam namun belum sempat untuk menyakiti dan melukakan lagi…hanya niat berdendam….Namun setelah aku rasa semakin matang dalam menjalani ranjau kehidupan dan pelbagai sikap dan sifat orang disekeliling ku membuatkan aku sedar perkara sebegini tidak menguntungkan malah menjadikan hati dan jiwa ku tidak tenang…itulah sifat syaitan yang sentiasa ingin menyesatkan manusia…hati dan jiwa kita semakin sakit jika sifat sebegini sentiasa berterusan….aku akan dilanda resah dan gelisah dan ditambah lagi jarang bersujud pada Maha Pencipta dan Maha Pemaaf dalam memperolehi ketenangan hidup…
Diingatkan sekali lagi…catatan yang ditaip ini bukan mengatakan aku seorang hamba Allah yang sangat baik…jauh sekali memiliki sifat kesempurnaan didalam kehidupan dan keperibadian….









No comments:

Post a Comment